Bapa Tiri Rogol,Sula Kemaluan,Kelar Leher,Campak Dalam Sungai


Bila baca aje cerita ini, terus aje terkeluar dari mulut, orang ini mesti gila. Bagai mana boleh sanggup dia buat macam itu terhadap anak tirinya. Kalau pun bukan kepada anak, tapi kepada manusia yang ada nyawa dan perasaan.

Seorang bapa warga asing bukan saja bertindak merogol anak tirinya berusia 15 tahun, malah cuba membunuhnya dengan menusuk kemaluan dan mengelar leher mangsa menggunakan pelepah kelapa sawit dan cuba menghumbannya ke dalam sungai di Inanam, di sini.

Namun, dalam kejadian jam 9.30 pagi pada 23 Mac lalu, mangsa bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk mendakwa menemui seorang gadis dalam keadaan lemah sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, soal siasat mendapati mangsa dirogol bapa tirinya berusia 34 tahun sebelum bertindak cuba membunuhnya.

“Bukan itu sahaja, suspek berusia 34 tahun bertindak kejam apabila memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa sebelum membiarkan mangsa terbaring dalam keadaan tidak bermaya di tebing sungai.

“Mujur ada penduduk tempatan menemui mangsa dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Comments

Anonymous said…
BAHANA KAHWIN DENGAN WARGA ASING,,BERINGATLAH..WARGA ASING DTG UNTUK DUIT DAN NAFSU JE XKIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN..
tieha ismail said…
ya allah..menakutkan zaman sekarang ni..berjaga2lah semua yer..banyakkan doa..suppaya sentiasa terpelihara

Popular Posts