puii.. Artis mintak kerajaan benarkan artis pakai cermin hitam


Persatuan Seniman Malaysia kelihatan begitu bersungguh-sungguh
mengemukakan usul kepada pihak kerajaan untuk memberi kebenaran
kenderaan artis dipasang cermin gelap.

Usul ini dikemukakan dalam bentuk memorandum yang diserahkan
kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Mengikut Zed Zaidi yang juga timbalan Presiden Seniman memaklumkan,
antara usul yang dikemukakan termasuklah pemasangan cermin gelap, kuota
khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan
insurans perlindungan diri untuk semua seniman yang kini terdiri
daripada lebih 5,000 orang ahli.

Tambahnya, permohonan yang bertujuan membela nasib seniman disokong
penuh oleh semua 5,000 ahli. Samada relevan atau tidak usul yang
dikemukakan ini, anda tentukan.

Lepas ni.. sape nak pakai cermin hitam..sila nyanyi kat Youtube,, dapat 100 views pun takpe..submit keahlian Seniman..settle..cehh

Comments

Anonymous said…
seriously full of bullshit! who they think they are?!
Anonymous said…
haq tuihh...
Anonymous said…
Perghh,,ingt artis spe..mnusia gk..nk lbey2 lak..pdhl lw xde owg rmai spport diowg xde nye nek..artis nk d agung2 kn..tuiihh!!

Popular Posts