Sedih : bu diperkosa rakan internet di depan anak sendiri

hiasan

SUTTON, England – Polis memburu seorang lelaki yang didakwa merogol
seorang wanita di depan anak lelakinya yang berusia tiga tahun selepas
mereka mengatur pertemuan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.



Wanita itu yang berumur 23 tahun menemui lelaki tersebut yang dikenali
sebagai Derek beberapa kali selepas mereka berkenalan menerusi Internet.

Pada pagi 30 September lalu, wanita itu menaiki kereta Derek ke sebuah
flat dekat sini.

Semasa wanita itu minum teh, dia ditumbuk di muka oleh Derek
menyebabkannya pengsan. Lelaki itu kemudian merogolnya.

Seorang jurucakap polis berkata: “Suspek itu digambarkan sebagai seorang
lelaki berkulit putih berumur dalam lingkungan 40-an.

“Dia memandu sebuah kenderaan Land Rover.”

Kejadian itu merupakan antara siri serangan terbaru yang berlaku selepas
menemui kenalan di Internet. – Agensi

Comments

Popular Posts