puihh... indah khabar dari rupa!! Skim Rumah Pertama tiada siapa yang layak

Khalis antara mereka yang cuba memohon. Walaupun tak kaya.. tapi pendapatan kasar dalam RM4500 sebulan pun banyak sangat bunyinya.. nak borang ini..nak borang itu.. awal-awal lagi sound " susah sikit nak dapat..kalau kerja gov senang sikit"

Jom Khalis share artikel ini.. Kalau ada yang berjaya..maknanya artikel ni tipu..

skim rumah pertama Skim Rumah Pertama (SRP) Gagal? Tiada Orang Pun Yang Layak?

Kalau semak semula matlamat & tujuan asal Skim Rumah Pertama (SRP) pada mulanya, kami agak kagum juga. Walaubagaimanapun, apabila kerajaan bertindak menaikkan pinjaman daripada RM200,000 kepada RM400,000, kami nampak “ada sesuatu yang tidak kena” kepada idea pelaksanaannya di situ. Tetapi…..
Tetapi, kami sama sekali tidak menjangkakan yang mana Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan menjadi gagal sebegini rupa sehingga apabila tiada satu pemohonan pun pinjaman 100% yang mahu diluluskan oleh pihak bank. (Laporan asal akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily)
  • Ya….orang politik biasanya akan buat sehabis baik untuk membuat dasar yang membantu & memenangi hati rakyat
  • Tetapi pihak bank biasanya membuat keputusan berdasarkan angka yang realitistik. Mereka tidak semudah untuk memberikan pinjaman, apatah lagi dengan pembayaran semula pinjaman lebih separuh daripada pendapatan peminjam.
Jadi ada bezanya di situ. Pada asalnya idea pelaksanaan Skim Rumah Pertama (SRP) “berbunyi” seperti di bawah ini :
  1. Mac 2011 – Menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi  membeli rumah yang bernilai sehingga RM200,000 untuk mereka yang berumur 35 tahun & ke bawah. Tetapi…..
  2. Oktober 2011 (Bajet 2012) – Tetapi kerajaan telah menambah peluang 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi  membeli rumah yang bernilai RM200,000 dan dinaikkan kepada RM400,000 untuk mereka yang berumur 35 tahun & ke bawah.
  3. November 2011 - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula syarat kelayakan dengan membenarkan mereka yang berpendapatan sehingga sekitar RM6,000 hingga RM7,000 juga layak memohon skim rumah pertama (SRP)
Daripada 3 di atas, kami lebih memilih cadangan & mekanisme yang pertama berbanding yang kedua dan ketiga. Antara kelemahan mekanismenya ialah :
  • Adakah dengan pendapatan seseorang RM3,000 sebulan mampu membeli rumah RM400,000? Apabila kita bercakap mengenai angka-angka yang munasabah, adakah rumah bernilai RM400,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM1,780 sebulan bagi tempoh pembayaran 30 tahun mampu ditampung pembeli? Belum tolak epf dan socso. Bagaimana dengan hutang kereta? Hutang PTPTN? Bayaran bil? Tampung perbelanjaan seharian? perbelanjaan keluarga dan anak-anak? Apatah lagi apabila menyebut tentang simpanan.
  • Adakah dengan menaikkan aras pendapatan pemohon boleh menyelesaikan masalah? Skim rumah pertama untuk siapa sebenarnya untuk golongan pertengahan & bawah atau golongan kaya? Nampak cadangan pelaksanaan tersebut telah lari daripada objektif asal, yang mahu untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah & pertengahan memiliki rumah pertama mereka. Tetapi hasilnya?
  • Sekarang ini prosedur yang telah ditetapkan oleh Bank Negara pun semakin ketat dengan mengarahkan bank-bank untuk meluluskan jumlah pinjaman berasaskan pendapatan bersih peminjam, iaitu pendapatan mereka selepas ditolak caruman kepada KWSP, cukai pendapatan, hutang kad kredit dan liabiliti lain.
Akhirnya harga rumah RM250,000 telah dinaikkan sehingga RM300,000, kononnya mengambil kesempatan dengan kemudahan pinjaman yang ditawarkan melalui skim rumah pertama (SRP) kepada orang ramai.
  • Harga rumah telah melonjak naik
  • tetapi pembeli muda sudah berjaya memilki rumah atau tidak dengan skim rumah pertama ini?
  • Yang untung siapa? Yang rugi siapa?



skim rumah pertama srp 300x210 Skim Rumah Pertama (SRP) Gagal? Tiada Orang Pun Yang Layak? 

Dalam kesempatan ini kami dengan rendah dirinya kami juga kurang senang dengan tindakan kerajaan Johor yang menaikkan syarat warga asing asing beli rumah di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar daripada RM350,000 hingga RM500,000. Bunyinya tampak “enak” bukan, tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada peluang rakyat Malaysia memiliki hartanah di sana. Apa musibah dengan adanya tindakan sebegini :
  • Pertama kita lihat angka tukaran matawang asing terlebih dahulu yang mana
- SGD 145,883 = RM350,000 (tukaran pada 6 Mac 2012)
- SGD 208,475 = RM500,000 (tukaran pada 6 Mac 2012)
  • Agak-agaknya warga Singapura masih lagi mampu atau tidak? Dengan GDP perkapita Singapura 5 kali lebih berbanding Malaysia?
  • Pemaju yang bukan bertindak sebagai “badan kebajikan” untuk membantu rakyat Malaysia memiliki hartanah di sana tetapi lebih berlandaskan untuk mendapat keuntungan yang maksimum, akan memfokuskan kepada pembinaan rumah-rumah mahal yang melebihi RM500,000
  • Warga asing tetap boleh memiliki hartanah di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar pada tawaran yang masih lagi berpatutan bagi mereka.
  • Akhirnya, rakyat Malaysia hanya mampu memandang sahaja?
Harap kerajaan selepas ini, dasar-dasar yang dikemukakan rakyat dapat membantu rakyat Malaysia keseluruhannya tetapi pada angka-angka yang lebih realistik
Dan…..Skim Rumah Pertama (SRP) patut dirombak semula supaya matlamat & tujuan benar-benar dinikmati golongan sasaran dan dalam pada masa yang sama memberi tekanan kepada “kapitalis-kapitalis” yang berada dalam sektor tersebut.

sumber

Comments

Kesian kita sebagai rakyat MALAYSIA.
Unknown said…
mmg tgh kucewa dgn perkataan "skim rumah pertama" PoYo !!

Popular Posts