Berjudi punya pasal.. 5 lelaki dirotan di Acheh

LANGSA, Indonesia – Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi
dirotan di khalayak ramai di sini semalam.

Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam.

Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus
orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk
mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan
undang-undang syariah.

Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri
berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang
didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.

Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali.

Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang
menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan.

Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah
tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. – Agensi

sumber

Comments

Popular Posts