Andika (Kangen Band) Tampil Imej Bintang Korea Selepas Bebas Penjara

4 tahun lalu Khalis berniaga kedai makan di Ampang.. Khalis selalu dengar sebuah lagu yang iramanya agak pelik.. penyanyi suara tak sedap sangat.. memang tak sedap.. tapi lagu yang Khalis dengar ni buat Khalis selalu ternyanyi bersama.

dan yang menyakitkan hati.. lagu ni ada dalam cd yang tidak berlabel. Bila Khalis tanya member mana dapat cd dia cakap dia rembat dari abang sepupu dia dari Indonesia.. so, dia tak berani nak tanya apa nama lagu ni.

Yup.. selama setahun setiap kali naik kereta Khalis akan dengar lagu ni.. bila Khalis berhenti partner berniaga dengan kawan Khalis.. Khalis dah jadi macam rindu gila dengan lagu ni.. tajuk tak tau..ingatpun sikit-sikit je.. sebab lagu ni lama..dekat 7 minit..

Akhirnya Khalis jumpa dah lagunya..itupun Khalis google lirik lagu yang Khalis ingat sikit-sikit.. tak taula kalau korang pernah tak dengar lagu ni



Imej terbaru vokalis kumpulan Kangen Band, Andika yang kelihatan seperti bintang Korea. - Foto KAPANLAGI.COM
JAKARTA: Selepas hampir setahun dipenjarakan kerana kes dadah yang menimpanya, akhirnya vokalis kumpulan Kangen Band iaitu Andika bebas menghirup udara segar di luar.

Andika atau nama sebenarnya Maesa Andika Setiawan mengakui berasa canggung dan bimbang kerana sudah lama tidak muncul di depan khalayak.

“Saya berasa gembira kerana dapat kembali bekerja bersama teman-teman dan peminat. Tapi saya akui memang gementar dan canggung.

“Saya berasa bertuah kerana masih dinantikan oleh peminat selepas kesukaran (dipenjara) yang dilalui. Sudah lama tidak berdepan peminat,” katanya yang ditemui bersama kumpulannya selepas tampil pada program Dahsyat, di sini, baru-baru ini.

Menariknya, ada beberapa perubahan pada wajah lelaki ini.
Selain wajahnya kelihatan lebih bersih dan tubuh badan yang semakin berisi, Andika juga tampil dengan imej baru yang lebih bergaya berbanding sebelum dia dipenjarakan dulu.

Pada program itu, Andika muncul dengan imej yang ranggi seperti bintang Korea dan kelihatan lebih menyerlah daripada anggota kumpulan yang lain. - KAPANLAGI

Comments

muka mat rempit.hodoh benor
Anonymous said…
Hodoh2 dia pun suara sedap,vokal dia perfect boleh jadi penyanyi, siap terkenal kat pelbagai negara lagi.. yg kau? Kau ada apa? Cuma boleh judge n kutuk org lain.. muka dia tu pun ciptaan Allah..

Popular Posts