Apex tertekan bergelar kapten


Siapa yang tidak kenal dengan Apex yang merupakan penjaga gol sensasi Malaysia. Pemilik nama Kharul Fahmi ini cukup. Dalam perlawanan menentang Pakistan lalu, umum mengetahui bahawa dia menjadi kapten untuk pasukan Malaysia.

Cukuplah dengan soalan cuba teka..sape nama kapten pasukan pra-olimpik sebelum ini? Khalis sendiri tak pasti dan kalau nak main tekapun rasanya Nur Hafiz Zamani ( tak pasti jugak nie ). Maknanya memang dahulu pasukan yang tidak diambil tahu perlawanannya, keputusannnya, barisan kesebelasannya telah mula menjadi perhatian.

Jom baca petikan yang Khalis ambil dari Sinar Harian

PENJAGA gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat boleh menghela nafas panjang selepas menamatkan misi dengan jayanya sebagai kapten pasukan ketika pertemuan pusi-ngan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Namun, Khairul Fahmi yang selesa dipanggil Apex pada mulanya mengakui tertekan selepas mengetahui terpaksa memikul tanggungjawab berat sebagai kapten pasukan skuad Olimpik negara.

“Memang saya tidak nafikan tertekan sebenarnya selepas diamanahkan jurulatih untuk menggalas cabaran negara sebagai ketua pasukan.

“Saya gugup pada permulaan lima minit pertama permainan, namun segala-galanya hilang selepas melihat rakan bermain cemerlang terutama pada awal babak pertama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khairul Fahmi memuji semangat rakan sepasukannya yang bermain berhabis-habisan dan berpuas hati walaupun sekadar menghasilkan dua gol ketika pasukan dari Asia Selatan itu bermain de-ngan kekurangan seorang pemain selepas Ansar Abbas dibuang padang lewat babak pertama.

Penjaga gawang kelahiran Kelantan itu berharap mereka mampu menambah sekurang-kurangnya satu atau dua gol ketika aksi timbal balik di Lahore, Pakistan, 9 Mac ini.

“Saya optimis rakan sepasukan mampu menggandakan mungkin tambahan dua jari-ngan di sana (Lahore) nanti,” katanya.

Khairul Fahmi dijangka berada dalam kesebelasan utama pasukan The Red Warriors apabila dijadual menentang Kedah di Stadium Darul Aman dalam kempen Liga Super 2011, hari ini.

Comments

mykhalis said…
sejak bile minat bole nie?? ishh
Dda Ly said…
kalau dah bergelar kapten tu, mestila besar tanggungjawabnye kan...tu yg tensi2 tu..

jemput ke rumah,
http//laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ye..♥♥♥
mykhalis said…
tuela pasal..orang plak dah mula menengok..lagik besar tekanan
faiz said…
takpe apek mmg keeper yg bgus..

Popular Posts