Jasad Tidak Diterima Bumi
Kisah ini berlaku di sebuah
perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh
Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
Seorang
lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama
baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap
kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan
berjaya.
Satu
hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.
Salleh
cubamengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat
Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada
cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri
wajahnya.
Matanya
kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu
dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai
saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa
Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila
orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan
cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.
Pada
malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti
merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi
membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk
tidur. Apabila dia cubahendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cubamembuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.
Salleh
cubamenjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong
sahaja. Dia cubamembaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau
berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila
Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi
besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi
menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan
persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya
di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.
Sebaik
sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka
semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran
akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan
sebanyak 2% akan dikenakan. KEPEK..KEPEK.. UBI ... ... UBI... SAPER
NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah...
So sama-samalah kita terkena.
Comments