Skip to main content
Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
|
sekadar hiasan |
Pada
suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir
telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang
dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu
untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka
marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual,
pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya
mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi
kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri
daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu
membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu
ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah
engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Waalahu'Alam.
hirule: sedap pulak pekena buah tembikai panas2 ni...hehe
Comments