5 Jenis Semut Yang Unik
Semut
adalah serangga eusosial yang berasal dari kumpulan Formisidae, dan
semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut
terbahagi kepada lebih dari 12.000 kumpulan, dengan perbandingan jumlah
yang besar di kawasan tropika.
1. Semut Honeypot Myrmecocystus
2. Semut Harpegnathos Saltator
3. Semut Podomyrma
5. Semut Cecropia
Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang kadang-kadang terdiri dari ribuan semut per koloni.
Jenis
semut dibahagi kepada semut pekerja, semut jantan, dan ratu semut. Satu
koloni dapat menguasai dan menguasai sebuah daerah luas untuk
menjalankan kegiatannya. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme
kerana koloni-koloni ini membentuk sebuah kesatuan.
1. Semut Honeypot Myrmecocystus
Semut
di iklim kering harus menyimpan makanan untuk bertahan hidup lama
kerana jarang ditemui. Di padang pasir Amerika Utara, semut honeypot
Myrmecocystus menggunakan tubuh sebagai wadah yang hidup, tubuh semut
ini membengkak kerana cairan simpanan, dan dibawa ke sarang pasangan.
2. Semut Harpegnathos Saltator
Semut pelompat India, Harpegnathos saltator, adalah salah satu jenis semut yang pertama mempunyai genome sequencing.
3. Semut Podomyrma
Seekor
semut Podomyrma cenderung mendekati ulat Lycaenid di Australia Selatan.
Ulat ini mengeluarkan zat-zat yang menarik bagi semut, dan semut pada
gilirannya memberikan perlindungan dari parasit. Semut sangat bertambah,
banyak spesies lain telah datang untuk bergantung pada semut ini dalam
berbagai cara.
4. Semut Malagasi
Di
antara keanehan keluarga semut adalah misteri Malagasi semut (Mystrium
spesies), yang merupakan pemangsa penghuni hutan hujan daun luruh.
5. Semut Cecropia
(Azteca
alfaroi) penjaga pokok dengan bersungguh-sungguh terhadap
penyusup (intruder) . Bekerja bersama-sama, semut ini mengepung dan
melumpuhkan lawan-lawan dengan menyepit lawan hingga lemas.
Kisah semut dalam al-Quran
ALLAH
MENGABADIKAN KISAH SEMUT DI DALAM AL QURAN, ISTIMEWANYA ALLAH MENAMAKAN
SATU SURAH DENGAN DI DALAM KITAB SUCINYA DENGAN NAMA AN NAML IAITU
SEMUT. KISAH TERSEBUT DICERITAKAN ALLAH DALAM AYAT 18 DAN 19 DALAM SURAH
INI.
ALLAH S.W.T. BERFIRMAN YANG BERMAKSUD;
“(MARALAH
ANGKATAN ITU) HINGGA APABILA MEREKA SAMPAI KE “WAADIN-NAML”, BERKATALAH
SEEKOR SEMUT: “WAHAI SEKALIAN SEMUT, MASUKLAH KE SARANG KAMU
MASING-MASING, JANGAN SULAIMAN DAN TENTERANYA MEMIJAK SERTA MEMBINASAKAN
KAMU, SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARI”.
SURAH AN-NAML, AYAT 18
ALLAH S.W.T. BERFIRMAN YANG BERMAKSUD;
“MAKA
TERSENYUMLAH NABI SULAIMAN MENDENGAR KATA-KATA SEMUT ITU, DAN BERDOA
DENGAN BERKATA: “WAHAI TUHANKU, ILHAMKANLAH DAKU SUPAYA TETAP BERSYUKUR
AKAN NIKMATMU YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADAKU DAN KEPADA IBU BAPAKU, DAN
SUPAYA AKU TETAP MENGERJAKAN AMAL SOLEH YANG ENGKAU REDAI; DAN
MASUKKANLAH DAKU – DENGAN LIMPAH RAHMATMU – DALAM KUMPULAN HAMBA-HAMBAMU
YANG SOLEH”.
SURAH AN-NAML, AYAT 19
ISTIMEWANYA MAKHLUK ALLAH INI
CUBA
PERHATIKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT SEMUT.TEKNOLOGI, KERJA GOTONG-ROYONG,
STRATEGI KETENTERAAN, JARINGAN KOMUNIKASI YANG MAJU, HIERARKI YANG
RASIONAL DAN CERDIK, DISIPLIN, PERENCANAAN KOTA YANG SEMPURNA DAN
PELBAGAI CIRI LAIN YANG AMAT ISTIMEWA UNTUK DI AMBIL.
KEAJAIBAN DAN FAKTA MENARIK TENTANG SEMUT
1. SEMUT MEMPUNYAI 500.000 SEL SARAF YANG TERMUAT DALAM 2 ATAU 3 MILIMETER TUBUH MEREKA. (HARUN YAHYA)
2.
SEMUT BERKOMUNIKASI DENGAN ISYARAT KIMIAWI IAITU SEMIOKEMIKAL ZAT KIMIA
YANG DIGUNAKAN SEMUT UNTUK TUJUAN MENETAPKAN KOMUNIKASI.
3. SEMUT YANG PALING BERBAHAYA ADALAH SEMUT BULLDOG HITAM DARI AUSTRALIA, BISANYA MAMPU MEMBUNUH MANUSIA.
4. HAIWAN YANG PALING BANYAK DI MUKA BUMI ADALAH SEMUT. NISBAHNYA ADALAH SATU JUTA BAGI SETIAP ORANG.
Comments