tadi kene tazkirah dgn boss...boss kata anak2 ni fitnah...sbb Nabi Muhammad pun berkali2 ada sebutnya...
so ana cari lah semula apa yg dimaksudkan boss tadi...terjumpa di bawah ni...
Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak
kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan
yang sangat besar."
Harta benda dan anak-anak adalah nikmat
daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga dengan baik dan
mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda
dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang
dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari
segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku
kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.
Contoh terdekat ramai ibu-bapa sekarang memberi alasan anak-anak untuk
menghalalkan cara...baik dari segi mc kerja ke atau apa-apa yang lain
berkaitan...
p/s: beratnya amanah nanti kalau/dah ada anak2...jgn
sampai anak2 kita jadikan dia bahan utk difitnah....takut.... :(
sumber: facebook
Comments