Penjaga yang tampal mulut bayi ditangkap di Johor Bharu

Semalam Khalis ada kongsikan mengenai perbuatan seperti binatang. Memang tiada perikemanusiaan langsung. Boleh ditampal mulut dan diikat? seksanya la budak-budak ni. Kepada yang tak tengok lagi boleh tengok di sini



Hari ni dengar cerita ini perbuatan khianat.. Soalan Khalis? tuan perniagaan tak pantau ke? kenapa boleh khianat macam ni sekali? lepas tangan? gaji murah? tolonglah. Awak berniaga jaga nyawa manusia. Khalispun ada orang jaga kedai..boleh lepas tangan.tapi kadang2 buat jugak spot check..


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
Sepatutnya ditutup sahaja. jangan salahkan orang lain. Awak berniaga..kena la bertanggungjawab.

Comments

mykhalis said…
klau khalis sbg bapa akn slhkn owner

Popular Posts