Lelaki mahu pulangkan kembali pengantin Vietnam yang ditempahnya
Berita yang dipetik daripada AsiaOne melaporkan  seorang lelaki yang dikenali Tan mahu memulangkan pengantin Vietnam  yang dibelinya daripada sebuah agensi mencari jodoh di Singapura. 
Lelaki berusia 52 tahun itu mahu  memulangkan pengantin berusia awal 20-an  itu dan mahu wangnya berjumlah  $6 800 dipulangkan semula.
Lelaki itu mahu berbuat demikian  kerana gadis itu dikatakan terlalu hodoh untuknya. Namun, agensi mencari  jodoh itu mendakwa lelaki itu telah meniduri gadis Vietnam itu selama  seminggu sebelum meminta agensi itu memulangkan wangnya.
Mark Lin, pemilik agensi mencari  jodoh, Vietnam Brides International  Matchmaker, terpaksa menolak  permintaan lelaki itu kerana mendakwa dia sudah meniduri gadis tersebut.  Apabila ditanya, gadis itu turut mengakui telah ditiduri lelaki  tersebut. 
Kata Lin, "Jika gadis itu berubah  fikiran, saya tidak kisah mengembalikan wangnya semula. Namun dia yang  tidak mahu akan gadis itu. Jika saya asyik memulangkan wang kepada  pelanggan, sudah tentu perniagaan saya akan terjejas. Tambahan pula,  lelaki itu yang memilih gadis itu sewaktu memilih calon isteri."
Walau bagaimanapun, Tan menafikan  dakwaan bahawa dia telah meniduri gadis itu dan kes ini telah dibawa ke  Small Claims Tribunal September tahun lalu.
Jumaat lalu, tribunal itu membuat  keputusan yang memihak kepada Mark Lin. Tribunal itu membuat keputusan  bahawa agensi mencari jodoh itu tidak perlu memulangkan wang yuran yang  dikenakan kepada Tan. -DCM



Comments