Bodoh siapa bantah Lynas.
Dengar sini..Lynas selamat la..selamat.. |
Korang dengar elok-elok.. Kenapa bantah? bila kerajaan nak buat kemajuan kenapa nak bantah? Korang tak faham ke yang kerajaan dah jelaskan banyak kali yang Lynas ni tidak membawa sebarang keburukan? Tula la..bila kerajaan cakap tak nak dengar.. asyik membangkang aje..
Kerajaan cakap Lynas tak merbahaya.. Kajian dah dilakukan. sisa radioktifla.. apa la..mutan la..x-men la.. mana ada.. Kerajaan dah buat kajian terperinci.. Jangan nafikan kajian kerajaan walaupun makmal DNA kita kat Malaysia adalah haram dan tidak diiktiraf tidak bermakna setiap kajian kerajaan adalah bohong.
Kerajaan cakap Lynas selamat. Korang jangan tengok projek stadium runtuh.. syiling runtuh.. tayar morail tercabut.. jangan!! itu projek kerajaan.. itu kroni punya kerja.. memang kena runtuh,,baru boleh bukak tender baru bagi kroni, Kalau stadium bertahan 100 tahun.. Kroni takde kerja.. Tapi ini Lynas. Projek antarabangsa. Orang putih takkan nak tipu. Anwar Ibrahim je penipu kat dunia ni.. fahamkan betul-betul.
Satu-satunya wanita pertama ada PHD |
Kerajaan cakap Lynas dibuka sebab kita ramai tenaga pakar. Dengar tu.Luar negara takda pakar pakar ni.. Kita bukan cakap pasal bangla, indonesia, yang angkat simen bancuh bata bina kilang.Kita cakap kolar putih. Punyala banyak pakar negara kita je ada isteri perdana menteri ada PHD tau tak?cuba tengok negara lain.. mana ada.. Jangan percaya dakwaan pembangkang cakap ramai tenaga mahir berhijrah ke luar negara..
Teenage Mutant Ninja Turtle |
Korang tengok x-men? Bila wolverine lawan manusia korang sokong sapa? Jujur Khalis tanya.. korang sokong Storm.. Wolverine.. Profesor X.. maknanya.. korang untung boleh jadi mutan.. Siapa taknak jadi mutan? Mutan Ninja Turtle pun korang sokong.. Betul tak? acu kerat jari la korang tak sokong.
Pengajarannya.. sila sokong Lynas.. jangan bantah.. dan kita kena mintak YB tempat masing-masing untuk bukak kilang Lynas di daerah kita. Biar kalau boleh satu daerah satu kilang Lynas.. Baru la ekonomi negara kita berkembang pesat.
Ada faham SARCASM MODE ON!!
yang cakap orang lain bodoh - Mohd Khalis Raouf Bin Khairu Anuar
Comments
kenapanya pulak nak babitkan X-Men dalam cerita LYNAS.. lawak gila rasanya.. Jangan main2 dengan mutasi ni beb, tak kena bolehlah cakap itu dan ini.. LYNAS ni berisiko okey.. kalau tak kena kat kita, kat anak keturunan kita.. Jangan pandang remeh..
Islam pon tak menghalang kita nak buat kemajuan, tapi biarlah ikut landasan.. jangan sampai MEMUDARATKAN..
Bantahan ini bukan atas sebab IDEOLOGI POLITIK tetapi untuk keselamatan bersama.. tak kiralah pembangkang ke, pro kerajaan ke..
Saya setuju dengan pendapat sebelum ini, risiko ini pasti ada untuk jangka masa yang panjang.. jom kita renung dan fikirkan balik..
semoga admin tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa di landasan yang benar..:)
Ianya satu bentuk sindiran kepada mereka yang mengatakan projek lynas itu SELAMAT!!!
Jangan jump terus to the conclusion...
Gunakan akal,bukan emosi...
Sekian....
sekian.. :)
some malays they don't even care to finish reading the articles and yet talk all high and mighty about the articles. stupid!
March 1, 2012 1:42 PM
REPLY
aik?? malays je?? nmpak sgt ko racist..
khalis, next time tulis banyak sikit pasal sarkastik baru readers lain dapat tangkap kot...
hehe... kalo sekali sekala, memang dapat komen kaw2 mcm anon2 kat atas ler... mungkin khalis nye blog ni imej baik sangat kot :P