Shaheizy Sam Kurang Senang Dengan Gossip Murahan, Bakal Terbitkan Filem Sendiri



Kalau anda keliru dengan dari mana datang gossip percintaan Shaheizy Sam & Wawa Zainal yang berlegar sepanjang minggu lalu, anda tidak keseorangan dek kerana tuan badan sendiri keliru.

“Saya sendiri tidak faham bagaimana gossip begitu boleh timbul — kalau Yana Samsudin atau Lisa Surihani, saya faham kerana kami pernah kerja bersama,” ujar Shaheizy Sam ketika di’temui malam tadi.

Shaheizy Sam turut meluahkan rasa kurang senang beliau dengan kisah gossip murahan sebegitu dan berharap isu sebegini tidak berulang — atau jejaskan perjalanan karier beliau yang masih panjang.


Dalam temubual ringkas itu juga, Shaheizy Sam sekali lagi memberitahu yang beliau — jika di’izinkan — bakal terbit dengan sebuah filem hasil arahan dan penulisan sendiri dalam tahun ini.

sumber

“Kalau ada yang persoalkan hubungan saya dengan pihak pengurusan (MIG) berkaitan projek peribadi saya ini, saya boleh katakan semuanya bukan satu masalah buat kedua dua belah pihak,” ujar Shaheizy Sam.

Comments

mra said…
sama saperti melodi satu hari dulu tanyakan tentang akak dia yg kononnye nak kawin... die kate langsung tatau, pas kawin, ade gambar die kat majlis kakaknye, die pon jawab, "saya ni pelakon"

Popular Posts