Anwar Zain takut dengan Yuna sebab tu tak berani nyanyi?


Muncul pelbagai khabar angin dan buah mulut dari orang ramai mengenai lagu ‘Sedetik Lebih’ nyanyian asal Anuar Zain. Bukan saja dari para peminat, malahan dari senior-senior editor yang turut memperkatakan mengenai isu lagu ‘Sedetik Lebih’.
Antara faktor Anuar Zain tidak mahu membawa lagu ‘Sedetik Lebih’ di AJL 26 termasuklah kemungkinan kalah kepada lagu-lagu lain yang mempunyai potensi dan juga ‘rival’ utama lagu sedetik lebih, ‘Penakut’ turut tercalon sebagai finalis.
Kontroversi di Anugerah Industri Muzik 18 juga benar-benar memberi pukulan hebat kepada Anuar Zain yang terkilan kerana kesilapan juri yang tersilap kira undian dan berlaku masalah teknikal sehingga lagu ‘Penakut’ telah dinobatkan sebagai juara.
Memetik kenyataan Anuar Zain yang terdahulu, “Ini merupakan kesilapan paling besar dalam sejarah industri hiburan tanah air, dan agak malang bila saya terpalit sama dalam sejarah ini. Tapi saya menerima penghargaan ini dengan fikiran positif agar industri seni tanah air dapat berkembang baik pada masa hadapan.”
Namun perkiraan semula undian telah memberi jawapan sebenar bahawa lagu ‘Sedetik Lebih’ adalah juara sebenar. Sebagai artis veteran yang mempunyai suara yang unik dan telah banyak merangkul anugerah, trofi AIM 18 yang dikira ‘Anugerah Second Hand’ oleh kebanyakan peminat sebenarnya adalah satu perkara yang memalukan bagi Anuar Zain.
Disamping itu, tidak dilupakan juga persembahan dari Jaclyn Victor yang berlangsung tadi. Vokal Jaclyn Victor benar-benar memberikan satu tenaga baru yang memikat halwa telinga pendengar dan peminat.

Comments

mOon EyEzS said…
lebey suka suara anuar zain dari jac!

Popular Posts