Ralit mendengar IPOD..maut dilanggar kereta
LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati dilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnya.
Katie Littlewood dipercayai  tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi  kecemasan di tempat lintasan pejalan kaki Johnson di Bishop's Stortford,  Hertfordshire.
Penyiasat berusaha memastikan  kemungkinan remaja itu mendengar muzik ketika melintas di landasan  kereta api pagi Sabtu lalu selepas mereka menemui iPod berkenaan dan fon  kepala di tempat kejadian.
Syarikat kereta api, Network  Rail berkata, sistem amaran beroperasi baik di kawasan itu yang terkenal  kerana pernah meragut nyawa beberapa pejalan kaki, termasuk Andrea  Evans, 24, pada 2006 dan seorang wanita berusia 81 tahun pada 2002.
Kejadian itu berlaku ketika  syarikat berkenaan bersedia untuk mengaku bersalah hari ini berhubung  kematian Olivia Bazlinton, 14, dan Charlotte Thompson, 13, yang  dilanggar oleh kereta api berhampiran Stesen Elsenham pada 2005.



Comments