Ketika ingin dimandikan.. Arwah sudah memakai kafan sendiri
Tiada orang ada kuasa untuk mengetahui mati.. Mati itu pasti.. tapi ada orang yang diberikan tanda-tanda kematian..Khalis tak google.. tapi kalau anda google akan korang jumpa tanda-tanda ajal menghampiri.. Ianya bukan ramalan..tapi kalau kita ada ilmu dan merasakannya.. sudah tiba masa melipat gandakan amalan dan membuat persiapan sebelum menghadapnya.
Banyak kisah yang kita baca di surat khabar.. walaupun ianya mungkin hanyalah kebetulan..tapi ianya bagaikan memberi tahu kita.. ada petanda yang kita sendiri tak perasan.. Ada yang tidak pernah mencium anak anak, tiba-tiba jadi rapat.. Ada yang tiba-tiba berubah sikap menjadi pendiam.. semua itu ilmu Allah yang kita tidak ketahui.
Tapi sepertimana yang dikongsikan oleh sebuah blog mengenai jenazah yang ingin dimandikan. Apabila tukang mandi ingin memandikannya, dia mendapati arwah sudah memakai kafan. Ini tak pasti secara detail arwah memang sakit.. atau apa sahaja situasi.. namun, kalau sudah ada tanda-tandanya dan kita terlepas..rugilah kita.. Sebab antara tanda-tanda kematian semakin hampir ialah,,
seperti mana Khalis copy dari seacrhyoursoul
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
   
Banyak kisah yang kita baca di surat khabar.. walaupun ianya mungkin hanyalah kebetulan..tapi ianya bagaikan memberi tahu kita.. ada petanda yang kita sendiri tak perasan.. Ada yang tidak pernah mencium anak anak, tiba-tiba jadi rapat.. Ada yang tiba-tiba berubah sikap menjadi pendiam.. semua itu ilmu Allah yang kita tidak ketahui.
Tapi sepertimana yang dikongsikan oleh sebuah blog mengenai jenazah yang ingin dimandikan. Apabila tukang mandi ingin memandikannya, dia mendapati arwah sudah memakai kafan. Ini tak pasti secara detail arwah memang sakit.. atau apa sahaja situasi.. namun, kalau sudah ada tanda-tandanya dan kita terlepas..rugilah kita.. Sebab antara tanda-tanda kematian semakin hampir ialah,,
seperti mana Khalis copy dari seacrhyoursoul
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Sesungguhnya  tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan  dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada  tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat  dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran  menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.
Imam  Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau  mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara  bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan  termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian  tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam  Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika  Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun  riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt  tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan  adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan  menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan  berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang  menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang  peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.
Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini  adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan  disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang  Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak  sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh  tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran  seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru  disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati  daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi  mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah  tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan  kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut  dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan  lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan  kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan  masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan  dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan  pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis  nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita  sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan  wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan  merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini  wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah  bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda  ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah  kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya  berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada  ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu  diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak  najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Ketika  itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang  sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika  kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian  hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang  terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan  berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan  disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan  kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan  berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk  dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan  naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap  kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat  maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah  menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
Penutup
Sesungguhnya  marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah  diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran  untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita akan membuat persiapan  terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun  dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita. 
Walaubagaimanapun  sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha  Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia masih  boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa dari  orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.
Oleh  itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi  hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan  tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan  Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang silap dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.
Sharing is caring rite? 



Comments