Wanita Superhero menyelamatkan bayi yang jatuh dari tingkat 10

Wu Juping (31), seorang ibu yang mempunyai bayi berusia tujuh bulan, melihat budak kecil tergantung di tingkap sebuah pangsapuri. Tanpa berfikir panjang, dia menanggalkan kasut tumit tingginya dan berlari ke arah pangsapuri itu.

Wu digelar sebagai heo oleh televisyen nasional China, yang memaparkan gambar Wu sedang berada di hospital. Akan tetapi, Wu mengalami tulang yang patah kerana menangkap di bayi jatuh yang dipanggil 'Niu Niu' oleh media Jepun. Niu Niu juga mengalami luka parah dengan pendarahan dalaman dan keadaannya masih kritikal.

Ketika kejadian, Niu Niu ditinggalkan sendirian oleh ibunya di tingkat 10 pangsapuri yang mereka huni. Niu Niu jatuh di tangan Wu dan tercampak ke rumput. Wu terus pengsan kerana kekuatan hentaman tubuh bayi yang dia selamatkan. Pengarah hospital di Fuyang tempat Wu dirawat, Jin Dengfeng, memberinya rawatan percuma setelah mengetahui tindakan wanita itu.

"Dia rela mempertaruhkan nyawanya dengan menangkap bayi. Dia boleh saja terbunuh atau lumpuh seumur hidup jika tubuh kanak-kanak itu mengenai kepala atau punggungnya, "kata Jin. Sedangkan Wu, mengaku tidak menyesal menyelamatkan nyawa Niu Niu walaupun dia sementara ini terpaksa berhenti memberi susu ibu kepada bayinya sendiri.

"Saya berharap Niu Niu akan sembuh," ujarnya dengan sayu.

Sumber

Comments

Popular Posts