GLEE MEMESONGKAN AKIDAH ORANG ISLAM

Baiklah.. sape tak minat tengok Glee. Saya sendiri amat meminati cerita ini sehingga sanggup download menggunakan torrent untuk mendapatkan kualiti tersangat baik. Agak2nye lah.

Setelah berakhir musim pertama, ada beberapa fakta yang saya rasa Glee ini perlu diberi rating 18+.. kerana budak-budak yang menyanyikan kembali lagu ini tanpa mengerti maksudnya boleh memesongkan akidah.



Antara fakta-fakta yang saya boleh kumpul mengenai kesongsangan Glee ialah
                                                                                                                      
Menyanyikan lagu Imagine- karya John Lennon

Di dalam lagu ini( saya mengakui ianya adalah lagu yang sangat harmoni) namun lirikya membawa kepada kepercayaan tidak perlunya beragama( tidak beragama bermakna tidak percayakan kewujudan Allah) dan inilah kesilapan paling besar bagi siri ini.

Mengggalakkan hubungan seks secara terbuka.

Dalam kecoh membicarakan tentang hari kekasih yang baru sahaja berlalu, siri ini ada satu episod yang mana membicarakan tentang bersetubuh bersuka-suka, tukar pasangan melalui pelbagai lagu yang membawa msg tidak baik seperti thong song.. touch a touch a touch. Perlu diingatkan bila berlakunya zina, boleh merosakkan keturunan.

Menggalakkan dan membenarkan hubungan sesame sendiri

Sudah ada perkembangan cinta sesama gay dalam siri ini. Ini untuk ape? Untuk menunjukkan sebagai bangsa yang terbuka kita kene terima mereka seadanya. Allah melaknat kaum nabi Luth kerana hal sebegini. Berhati-hatilah

Menghalalkan menari menyanyi beramai2 bercampur laki dan perempuan seperti Gleek

Sedangkan menunjukkan aurat sahaja cukup berdosa. Inikan bercampur lelaki dan perempuan? Bolehkah sebegini?

Mengapa 1 rancangan begini dibenarkan masuk ke Malaysia? Kerana ianya pilihan antarabangsa( atau sebenarnya hollywood yang sebenarnya dikuasai golongan yang sememangnya mahukan akidah umat islam seluruh dunia akan terpersong). Fahamlah, apa yang saya tuliskan adalah untuk orang islam, yang bukan islam saya menghormati anda.  Paling saya marah apabila memperkatakan tentang kepercayaan kepada Allah. S.w.t


Comments

Popular Posts