Bank Islam kini ketatkan syarat baki minimum RM50 di dalam akaun






Bank Islam kini tetapkan syarat, bahawa para pemegang akaun simpanan kini wajib mempunyai RM50 di dalam baki akaun. Hal ini menyebabkan sekelompok pelajar IPTA/IPTS mengamuk kerana rata-rata mereka menggunakan Bank Islam sebagai kemudahan debit/kredit mereka.

Pelajar mendakwa nilai RM50 sangat besar berbeza dengan golongan yang sudah berkerja. Rata-rata terkejut dan membantah sekeras-kerasnya kerana tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin atm untuk berbuka dan membeli sesuatu yang difikirkan perlu. Ada yang terpaksa meminjam dengan rakan-rakan dan ada yang menahan perut untuk makan.


 
Ianya berbeda dengan para dewasa yang sudah berkerja dan mempunyai gaji. RM50 bukanlah nilai yang besar jika dibandingkan dengan pelajar di isntitusi pengajian tinggi yang berbelanja RM50 sehari !



Comments

Popular Posts