Remaja maut selepas 40 jam main game !
REMAJA MATI KERAS SELEPAS MAIN GAME 40 JAM
TANPA MAKAN! Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain
video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.
Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai
lalu.
Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang
duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja
berkenaan, remaja itu rebah. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di
hospital.
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah
siasat akan dijalankan ke atas mayatnya. Bagaimanapun punca kematian dipercayai
akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang
sama.
Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.
Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei
ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya
pula masih memegang papan kekunci komputer.
Dia dipercayai telah bermain video game selama
23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.
Gambar di atas adalah untuk kejadian mati
akibat bermain game selama 23 jam (pada Februari lalu), gambar untuk remaja yang
mati selepas bermain 40 jam belum ada ketika berita ini dimuat naik.
Comments