Alyah kian pulih dari kecederaan ditimpa lampu
19 Sep – Penyanyi Alyah yang mengalami
kemalangan ketika menghadiri rumah terbuka Hot FM pada 14 September
yang lalu selepas ditimpa lampu 'spotlight', kini sudah pulih sebanyak
50 peratus.
"Alhamdulillah, Alyah berada dalam keadaan yang stabil dan tiada apa yang serius. Cuma dia perlukan rawatan selanjutnya untuk tisu otot di bahagian belakangnya yang ditimpa lampu.
"Malah, doktor telah memberitahu bahawa Alyah sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisioterapi," kata Shuib.
Dalam pada itu, Shuib yang ditanya lebih terperinci mengenai keadaan Alyah enggan memberikan maklumat lanjut kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas membuat perjanjian dengan pihak Media Prima.
By Ashraf Nasser | Cinema Online – Wed, Sep 19, 2012 12:17 PM MYT
Comments