Berubat sawan dengan memakan otak kanak kanak
QIXIAN – Seorang lelaki China didakwa  membunuh seorang budak lelaki berumur 11 tahun dan memakan otaknya bagi  mengubati penyakit sawan yang dihidapinya di Yunan, lapor sebuah akhbar  semalam.
Pada Rabu lalu, akhbar Shenghuo Xinbao melaporkan Chaoxu, 29, telah ditangkap selepas dia dilihat oleh seorang saksi memegang leher budak itu.
Saksi itu menyatakan budak lelaki itu,  Li Xuetang kelihatan seperti tidak sedarkan diri dan terdapat darah pada  mulutnya semasa Chaoxu memegang lehernya.
Polis kemudian menemui mayat budak itu ditanam di sebuah ladang kacang pis selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 23 Januari lalu.
Seorang ketua kampung, Wang Wenzhong  menemui dua tompokan darah pada batu di ladang itu dan beberapa tulang  sebelum mayat budak tersebut ditemui ditanam di kawasan berhampiran.
Bahagian atas kepala budak itu dikopek  manakala otaknya telah dikeluarkan semasa mayatnya ditemui pada hari  yang sama dia dilaporkan hilang.
Selepas ditangkap, lelaki itu  memberitahu polis bahawa dia memakan otak bersama cacing tanah dan semut  kerana dia mempercayai cerita rakyat bahawa penyakitnya dapat  disembuhkan melalui cara tersebut
.
Chaoxu menyatakan kepada polis dia telah  berkahwin dengan seorang jururawat tetapi isterinya meninggalkannya  kerana penyakit sawan itu menyebabkan dia tidak mampu untuk bekerja.
Polis kini sedang melakukan siasatan  sama ada seorang budak perempuan berumur tiga tahun yang didapati hilang  turut mempunyai kaitan dengan kes itu. – Agensi



Comments