awrrrrrrrr...Izara Aishah dalam Majalah Pengantin..
Izara Aishah yang mula mengecapi populariti melalui drama Vanilla Coklat telah menghiasi muka depan 4 majalah tempatan iaitu By’u, Rapi, Pengantin & EH! bagi edisi March & April.
Selain mempunyai wajah yang eksotik, imej serta latar belakang seorang gadis penghias majalah merupakan faktor utama dalam melariskan penjualan sesuatu majalah. Bagaikan 1 sumpahan, watak sebagai gadis baik dalam drama tersebut membuka mata orang ramai yang kini menyedari bakat lakonanannya.
Memetik kata-kata beliau, “Sekarang sudah banyak perubahan, dulu orang benci Izara sebab bawa watak jahat. Namun kini, persepsi orang sudah lain. Buat masa ini tak nak ambil watak jahat, saya takut orang benci dan saya masih lagi fobia. Sebelum ini pernah dapat ugutan, ada orang nak tumbuk la, pukul la di laman Twitter.”Begitulah dugaan yang diterima oleh Izara Aishah apabila memegang watak-watak yang kurang ‘ngam’ dengan wajah ayunya. Namun, jangan pula pelakon ini terlampau selesa dengan watak baik sehingga peminat mula jemu ye. Cheers!
ohbulan
Comments