Bekas kekasih ugut hebahkan gambar bogel.. jadi hamba seks

Hambik ko.. simpati? ok simpati... tapi padan muka tetap ada.. Kes bergambar bogel demi kekasih ni dari zaman ada kamera lagi gamaknya.. Kat Rompin ni lagi haru.. ada kes suami isteri rakam tengah wat projekk.. lepas tu telefon suami rosak..hantar repair dan kantoi video.. ganasss...

Awat nak kena rakam?rasa macam pelakon blue ke? nak tengok skil ke? nak tengok badan sama tak ngan tv ke? Korang yang tengok blue ni ingat pelakon blue mmg suka ke dengan skil skil dalam filem tu? nama pun berlakon beb.. berlakon.. pura2 je lebehh..

So.. pikir la sendiri.. pada pompuan islam.. ko gambar peluk gomol masa kapel kalu jadi kira leh cover malu kena raba ngan laki sendiri walalaupun time tu dah haram.. tapi kalau tak jadi? lepas tu ex ko nak repot suami camne? padan muka je jawapannya,,

Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada bekas teman lelakinya selama enam bulan ekoran bimbang gambar bogelnya didedahkan jika dia enggan memenuhi nafsu lelaki berkenaan sejurus selepas mereka berpisah pada Julai tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, sejak perpisahan itu, dia terpaksa memenuhi kehendak bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Teh sehingga Disember tahun lalu.
“Saya nekad untuk mengelakkan diri kerana tidak tahan lagi dengan ugutan dia kerana saya ingin menjalani kehidupan dengan aman. Dia bukan sahaja sering mengugut untuk menyebarkan 80 keping gambar bogel saya di laman web termasuk menghantarnya kepada rakan dan ahli keluarga jika saya tidak menuruti kehendaknya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat olehnya di Balai Polis Jalan Bandar di sini pada 12 Februari lalu yang juga tarikh terakhir dia diugut oleh lelaki berkenaan. Mengulas lanjut, katanya, dia pernah menjalinkan hubungan bersama Teh yang bekerja di bidang teknologi maklumat pada tahun 2000 tetapi telah berpisah pada tahun 2003.

“Namun, kami kembali bersama pada tahun 2010 selepas saya bercerai dengan suami saya pada tahun 2009,” tambahnya yang turut memberitahu, dia membenarkan gambar bogelnya diambil sebagai bukti cinta kepada Teh.

Tambah Woon, lelaki tersebut turut mengugutnya dengan menghantar gambar bogel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) malah mendaftar akaun laman web sosial Facebook dengan menggunakan gambar separuh bogelnya.

“Saya sudah tidak tahan lagi. Tolonglah berhenti ganggu saya,” rayunya yang kini terpaksa mengambil pil tidur kerana masalah amnesia yang dihadapi akibat kes berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihati golongan wanita supaya jangan membenarkan teman lelaki mengambil gambar bogel mereka kerana ia boleh disalahgunakan. -sumber
Nasibla.jangan la gambar bogel.. pelakon yang selalu bogel cam scarlett Johansen pun malu gambar bogel dia tersebar..

Comments

Popular Posts