Ingin cantik seperti Rozita Che Wan??

Tidak lupa untuk membersihkan wajah selepas seharian bahagian itu disaluti bahan solekan, mengamalkan petua lama, tidak boleh hidup tanpa nasi, selalu membuat senaman tekan tubi, bermain badminton dan futsal adalah perkara yang perlu diketahui mengenai pelakon cantik, Rozita Che Wan.

Ramai yang menyangka dia bukan wanita aktif namun kenyataannya memang berbeza. Waktu lapangnya selain digunakan untuk berehat, turut diisi dengan aktiviti sukan.

Daripada segi pemakanan, dia tidak boleh meninggalkan nasi walaupun sehari kerana itulah sumber tenaganya. Bahkan jika hanya mendapat nasi putih dengan kicap dan berlaukkan telur goreng, ia sudah memadai. 

“Saya tiada pantang dalam pengambilan makanan. Nasi, ulam-ulaman dan ikan antara menu harian malah ia menjadi kegemaran. Saya ambil nasi dua kali sehari, pastikan makan sampai kenyang tetapi jarang menambah nasi. 

“Namun, selepas itu saya mesti bersenam dan sekurang-kurangnya lakukan tekan tubi sebanyak 50 kali. Wajah pula dibersihkan menggunakan air sejuk dan disusuli dengan produk kecantikan yang lain,” katanya pada sesi Bingkisan Emas Rozita bersama Safi Rania Gold di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

Comments

Unknown said…
pergh...tekan tubi 50 kali woo...kalah aku camni...

Popular Posts