Nicki Minaj Berhasrat Mahu Bunuh Ayah Sendiri

AYAH kepada Nicki Minaj iaitu Omar, begitu terluka apabila penyanyi itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia pernah berhasrat mahu membunuh ayahnya semasa zaman kanak-kanak.

Dalam satu wawancara menerusi program Nightline, penyanyi lagu Superbass itu berkata Omar bukanlah seorang ayah yang perlu dicontohi kerana dia merupakan seorang penagih dadah dan peminum alkohol tegar.
Ketagihan Omar terhadap arak membuatkan dia sering mengancam untuk membunuh Nicki dan ibunya, malah pernah membakar rumah yang menjadi tempat tinggal mereka.

"Tahu atau tidak, saya ingin membunuh ayah saya dan sejak dahulu lagi saya berharap agar dia mati.
"Ketagihan ayah terhadap dadah dan arak membuatkan ibu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya kerana setiap kesalahan yang dibuat, diri ibu akan terancam," kata Nicky yang sedang beremosi itu.

Bagaimanapun, keluarga Nicki segera membantah kenyataan Nicky dan mengatakan penyanyi tersebut sengaja ingin memperbesarkan masalah.

Hal itu membuatkan Omar tampil dan membuat pengakuan yang dia sememangnya seorang penagih dan kaki botol, tetapi tidak pernah berniat untuk membunuh isterinya.

Comments

beckhrooy said…
seburuk mana pun perangai ttp bapa kau juga

Popular Posts