Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi

Seorang wanita mempunyai keunikan yang tersendiri apabila wajah dan bentuk fizikalnya tidak ubah seperti seorang bayi kecil. Wanita ini juga sudah pun mencecah usia 30 tahun.


Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi | Kalau dulu, kita penah baca tentang wanita cantik bertukar tua . Tapi kini, perempuan tua berwajah super muda pula. Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu. Di bawah merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti seorang bayi.

Wanita yang berkeadaan macam bayi

Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.

Sumber: Amek Kaw

Comments

Popular Posts