Gossip: Anak Masih Menyusu, Ayah Terkinja-Kinja Di Kelab Malam!

Semalam Khalis ada menulis cara untuk menjadi penulis blog hiburan.. Hari ni dah ada contoh sebenar.. ingat.. kalau takde cerita kita wat cerita.. kita gantikan fitnah jadi gossip.. barula yo o o.. update gitu..Khalis rembat 100% dari ohbulan..


gambar hiasan

Haih, manusia mana pernah puas dengan apa yang ada. Anak masih lagi menyusu ibu, ayahnya pula terkinja sana-sini di kelab malam di kota Kuala Lumpur.

Semalam, OHBULAN! mendapat kiriman e-mail dari seorang pembaca. Kami agak pengirim ini seorang yang selalu pergi ke kelab malam kerana antara isi kandungan dalam e-mail tersebut termasuklah menyatakan bahawa dia selalu nampak artis-artis pergi berjimba tanpa menghiraukan status dan identiti yang dibawa.

Tapi yang paling menarik dalam e-mail tersebut ialah cerita mengenai seorang artis lelaki ini, anak dirumah masih menyusu ibu, bapa pula sibuk ke kelab malam menari sana-sini bersama wanita lain. Paling tak sedap didengar ialah, meja yang artis tersebut duduk turut mempunyai air minuman keras. Seperti biasa, jangan berprasangka buruk tentang minuman keras itu, barangkali ianya milik rakan-rakannya yang lain. Kannn?

Menurut sumber lagi, artis lelaki ini dipercayai sudah tidak duduk serumah dengan isterinya dan masih tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya. Masing-masing duduk berjauhan dan OHBULAN! tertanya-tanya anak mereka yang masih menyusu itu bersama siapa pula duduknya. Di laman hiburan tempatan lain, sibuk gambar artis lelaki ini dengan anaknya yang ala-ala mithali. Biasalah, sekeping gambar kan menyimpan seribu tanda tanya.

Kalau betullah apa kata orang yang melihat artis lelaki ini di kelab dan sekarang artis lelaki ini sudah berpisah dengan isterinya, harap-harap berubahlah ya. Jagalah anak di rumah itu, jangan bila besar gantikan ayahnya pula.

 camne? real tak? hahaha,, lepas ni terjah mana-mana artis ada anak kecik.. lepas tu tunggu penafian.. Pada sesiapa yang tanya kenapa blog Khalis ni ada cerita artis..camni.. wife Khalis bila dapat bukak internet je mesti dia bukak blog hiburan.. so.. dari dia bukak blog hiburan..baik khalis tambahkan je post hiburan,, namapun blogslucumenarik.. semua boleh sumbat..

Comments

Popular Posts