Jutawan ditahan kerana membenarkan anak 9 tahun bawa Ferrari
Salam 1 Malaysia.. camne korang nak jawab Khalis tak tau..
K.. Khalis cuba untuk kembali ke arena blogging.. sekarang kehidupan dah semakin stabil.. agak ada masa untuk berblogging..
Paling penting.. restu dari isteri penting dek non oii.. kalau wat apa2 bini tak restu... jgn harap ko boleh menulis dengan happy dan bahagia.. rasa macam aura kegelapan je kat belakang.. nak tulis lawak pun tak jadi..
So tq pada wife kerana kembali memberi sokongan pada Khalis kembali menjadi blogger..Tak lupa juga kepada Sayf Muslim kerana bila ayah nak menulis awak pun naik sama menekan keyboard.. dari 10 minit satu entry nak tulis blh jadi setengah jam.. sabo je la..
Mengenai kasih sayang bapa pada anak..setiap orang nak anak dia tidak melalui apa yang dia rasa.. malahan..dia mahukan anak dia merasa apa yang dia ingin rasa sebenarnya masa kanak2.. Yup.. itulah perasaan Khalis bila nampak mainan di pasaraya.. Khalis akan cakap kat wife
"jom beli untuk Muslim.. mesti dia nak main ni"
"Muslim mesti suka dapat mainan ni"
Tapi bila dah banyak sangat mainan yang Khalis beli(ataupun pau dari nenek dan pakcik makcik dia) sebenarnya Khalis perasan yang Khalis belikan mainan yang sebenarnya Khalis nak masa kanak2 dulu..
Bukan cakap takde mainan.. tapi.. yerla.. dulu2 mana merasa nak naik kereta atau motor letrik.. ye tak? kalau ada fun fair barula dapat rasa.. tapi baru2 ni.. Khalis tengok kat mudah.my murah je kereta n motor letrik..
So, Khalis pun msg la fesbuk mak Khalis, adik2 Khalis. Khalis cakap, mesti Muslim sayang siapa yang beli kereta mainan ni untuk Muslim.. Hasilnya.. strategi berjaya.. Adik Khalis yang kat UPSI belanja motor letrik.. siapa yang paling gembira..cuba teka..sape.. Bapak Muslim la..sebab ada orang belanja motor letrik..hehe.. Muslimpun gembira jugak..
Itulah seorang bapa ye tak? Begitu jugak menjadi seorang ibu,, hanya yg dah jadi ibu dan ayah sahaja yang faham perasaan sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak kita mendapat yang terbaik..betol tak? Kalau yang bujang tak faham, korang cuma perlu bayangkan pengorbanan korang masa mengorat pasangan korang.. Kerana ada date hujung minggu ni.. korang sanggup berlapar demi memastikan budget makan kfc, tengok wayang, main bowling cukup..tapi perasaan akan semakin pudar kalau korang dah dapat ngorat.. tapi perasaan sebagai ibu bapa? semakin mengembang dan berkembang..Time ni tetiba sayu plak terkenangkan jasa mak n abah.. Makku Foziah bte Yusop.. dan abahku Khairu Anuar Othman.. terima kasih sebab membesarkan along cukup segala2nya.. sayu pulak tiba2 time camni..huuu..
Perghh.. punyalah banyak menulis.. sampai tak perasan dah panjang gila.. kkorang baca tak?ok la tu angguk,,, so.. untuk tidak menghampakan korang untuk tidak lari dari topik 100% inilah artikel berkaitan dengan tajuk di atas
Seorang jutawan bernama Mohammad Nizam didenda sebanyak £127,000 kerana membenarkan anak lelakinya yang berusia 9 tahun memandu kereta Ferrari sempena hari jadi anaknya..
Khalis rasa, kalau Khalis punya pendapatan tahunan juta2.. Khalispun mungkin bagi anak bawak Ferarri..tak taula korang camne..
Comments