Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal
Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti
perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa
selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri.
Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi
kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA &
PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama
dan politik beliau kini.
Pada hari Selasa yang lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis
bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak
menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan
masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya
ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair
itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita
kongsi, mahu tahu boleh?"
Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang
senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga
terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
Famous hina bro RT@ bashrafi: Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung.
Aida Amyra Khapez @aidaamyra
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.:/
feeqa?areen @feeqanadia
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg..
Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini
menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana
sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat.
Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby
kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi
tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin
berkongsi sebab ingin tahu apa alas an mereka. Macam saya dulu, saya
ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak
bertudung).
"Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak
ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif?
Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya
yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan
pengguna lain.
Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai
mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada
mendalami ilmu agama itu sendiri.
Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby
Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya
sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari
gali ilmu Tuhan?"
By Shylah Rashid | Cinema Online
p/s: perbanyakkan ilmu dahulu...bimbang niat baik jadi benda lain lak...
Comments