Datang Lambat

LAMBAT DATANG SEKOLAH

Satu pagi yang damai, Ajoi yang terkantoi datang lewat ke sekolah kena soal oleh guru displin.
Guru Displin: Kamu ni selalu lambat ke sekolah kenapa ???
Ajoi: Saya bangun lambat Cikgu.
Guru Displin: Kenapa bangun lambat ?
Ajoi: Saya tidur tengah malam Cikgu.
Guru Displin: Kenapa kamu selalu tidur tengah malam?
Ajoi: Sebenarnya saya lambat pulang dari sekolah kebelakangan ini Cikgu.
Guru Displin: Kenapa pulak kamu lambat pulang dari sekolah kebelakangan nih?
Ajoi: Kena denda di sekolah Cikgu.
Guru Displin: Kenapa kena denda?
Ajoi: Kerana saya datang lambat ke sekolah Cikgu.
Guru Displin: …….?@#!@#!!!

LAMBAT DATANG KERJA

BOSS: “Beberapa minggu ini, saya lihat awak selalu lambat 2 jam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat” dengan nada agak meninggi dia bertanya lagi “Awak ada kerja part time ke sebelah malam?”
Ajoi: “Maaf Boss, sebenarnya selama ini saya selalu tidak tidur malam, kerana sedang menunggu kelahiran anak sulung saya”.
BOSS: (Dengan ekspresi wajah yang mula cool) “Oh maaf, saya ingat awak ada buat kerja lain. Kalau begitu, semoga anakmu lahir sihat dan selamat. Oh ya, agak-agak bila anakmu akan lahir?”
Ajoi: (Dengan ekspresi tanpa rasa bersalah ) “Hmmm kalau tidak ada aral melintang,lebih kurang 9 bulan lagi boss”
BOSS: …….?@#!@#!!!

Comments

Popular Posts