“Alhamdulillah, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami baik di kampung saya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan di Crowne Plaza.
“Bagaimanapun, seminggu bergelar isteri, terasa kekok sangat. Biasalah, sebelum ini apabila berdepan dengan keluarga atau keluar bersama, kami tidaklah begitu rapat atau berpegangan tangan.
“Selepas berkahwin, lupa pula yang kami sudah mempunyai ikatan yang sah. Sampaikan saudara mara bertanya, ‘kenapa duduk jauh-jauh? Kan dah kahwin...’
“Alhamdulillah kami masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan fasa baru perhubungan kami ini. Saya harap kami dapat melalui ‘kemanisan’ rumah tangga sehingga ke akhir hayat,” kata Memey.
Tambah Memey, dia juga kini sudah memikirkan menu makanan yang perlu dimasak buat suami tercinta memandangkan Norman seorang yang kuat makan.
Selain itu, pasangan ini juga ingin membina rumah tangganya menjadi lebih sempurna dengan mempunyai seramai empat orang anak.
“Kalau nak diikutkan, kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini, tetapi rezeki adalah ketentuan Tuhan bukan. Cuma pada masa akan datang kami merancang untuk memperoleh seramai empat orang cahaya mata,” ujar Norman pula.
- MSTAR-
Pengajarannya? sebelum kahwin jangan duduk serumah..jangan kerap berjumpa..jangan pegangtangan laga pipi masa belum ada ikatan sah.. nnt dah kahwin mula la rasa jemu.. apepun..smoga sampai ke anak cucu..macam gambar kat bawah ni.. sebelum nikah ni..bukan bukak aib tau..tapi memang diorang bagi orang tengok..
Comments
plz la!
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/10/yeayyy-naik-gaji.html
khalis lama xdtg umah kita..huhu