Aaron Aziz nak jadi rakyat Malaysia.. PM sini lagi bagus dari Singapore
tak tahulah kalau dah lama..Khalis baru je baca..kira baru gakla pada pengetahuan Khalis..huu
“Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi.”
“Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Anak-anak saya pun sudah bersekolah di sini. Untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia,” jelas Aaron yang turut mengakui telah menjual kereta dan rumahnya di Singapura.
Jelas aktor yang berusia 35 tahun ini lagi, dia tidak kisah sekiranya keputusannya ini bakal mengundang penerimaan kurang enak buat sesetengah peminatnya di Singapura kerana apa yang penting baginya adalah keutamaan masa depan dia sekeluarga dan isu lain harus diketepikan.
“Seandainya saya diminta membuat pilihan untuk memilih antara kerajaan Malaysia dan Singapura, sudah tentu saya memilih kerajaan di bawah pucuk pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tidak perlu saya huraikan pelbagai alasan dan penjelasan kerana semua sudah tahu tentang situasi di sana (Singapura).”
Comments
x payah nk bagi alasan BN membela nasib melayu, kalo BN btol2 nk jaga maruah melayu xdenye makan rasuah sampai malu kat satu dunia.
skarang ckp je bangsa melayu terus dikaitkan dgn rasuah.