Itali akan mengikut jejak Perancis mengharamkan penggunaan Burkha

President Itali bersama Perdana Menteri Perancis

Khalis pernah cerita di mana 2 orang wanita yang enggan ke mahkamah kerana di saman memakai Burkha di Perancis. Dan mengikut kajian, jumlah pelancong dari negara arab turun mendadak dan kebanyakannya memilih negara Eropah yang membenarkan pemakaian burkha.

Antara wanita yang berburkha membeli belah

Kini italy akan mengikut jejak langkah Perancis dan Belgium. Itali dikatakan mempunyai penduduk islam seramai 1 juta orang. Pemakaian burkha bukanlah pakaian kebiasaan umat islam di sana. Namun demi keselamatan dan hak kemanusiaan. Pemakaian burkha dikatakan mampu membenarkan seseorang menyamar.

Khalis teringat seorang pengomen di blog ini. Dia cakap.. Burkha bukanlah kewajipan sebagai orang islam. Yang wajib bertudung. Kalau burkha boleh mengancam keselamatan awam dan boleh menyebabkan fitnah, lebih baik setuju dengan langkah kerajaan ini.

Burkha yang ditutup menyebabkan peluang penjenayah atau bakal penjenayah menyamar adalah tinggi

Betul jugak.. Kerana selama Khalis duduk kat malaysia ni, jarang sungguh jumpa wanita memakai burkha, lainla masa zaman Al-Alqam dulu. Malah guru penolong kanan Khalis,masa sekolah agama,adalah seorang wanita yang Khalis kenal dari kecik sampai besar masih berburkha..

Sumber asal Dailymail.co.uk

Comments

Unknown said…
Ada benarnya juga. Jangan pula nanti hanya kerana burkha, seluruh umat Islam diselar dengan pandangan serong.

Popular Posts