Beranikah kita??

Terima kasih kerana terus sudi support blogslucumenarik.. Khalis sedar minggu lepas merupakan minggu cabaran terbesar buat blog ini. pageview drop secara tiba-tiba, semuanya kerana isu Khalis dengan penulis dari Blogserius.

Tapi Alhamdulillah, kini blogslucumenarik malam tadi sempat merasa ranking 750 dalam alexa.. kira suka sangat dah Khalis. Yerla, di sini, Khalis berblog seorang diri, takde kawan -kawan untuk di bawa berbincang strategi ringankan blog, promosi, widget dan templates.. semuanya kena belajar sendiri.Jujurnya, Khalis sendiri tak reti apa apapun pasal programming, sebab tu korang tengok blog ini asyik berubah wajah sahaja.

Khalis tahu, dalam arena blogger ini ada yang kita panggil blogger baru, dan ada yang kita panggil otai. Jujurnya, kali pertama tahun 2009 Khalis mencuba untuk berblogging ternyata Khalis tak tahu apa-apa, atau Khalis panggil blog syok sendiri. Tapi Khalis cuba untuk membina imej blogslucumenarik. Bukan imej macamanapun, tapi bila datang sini tahu identiti penulisan dan cara blog ini diuruskan.

Mengenai hal Khalis dan Obe, pada mulanya Khalis takut jugak nak sentuh blog dia. yerla.. pelanggan tetap dia dah ramai, setia lagi. bak kata, kalau dia tu kedai makan, tersalah masak sehari dua, pelanggan tetap datang. Tapi kalau kedai makan cam Khalis, tersalah masakan lari lah orangnya. Tapi Khalis tersentap satu hari bila Khalis acah adik bongsu Khalis..

Khalis tanya dia" nape Ya tak support blog along.. Ya kan ramai kawan kat FB, Twitter, orang lain semua nak kawan ngan along"( ayat konon berlagak)hehe

Adik Khalis cakap " Diorang tak kenal along takpela.. cuba diorang kenal Along cam Ya kenal Along.."

Berulah Khalis terfikir.. di dunia internet, bila kita jumpa seseorang yang kelihatan berani dan lantang kita akan rasa dia sangat hebat dan kebal, sangat matang dan sangat bijak, sehingga kita lupa kemampuan kita sendiri. Rasa takut menyebabkan kita tidak mampu menyuarakan pendapat atau teguran yang sepatutnya kita lakukan.

Dan di situlah datang keberanian Khalis.

Dan di internet, hampir semua merasakan diri mereka seperti di bawah, namun realitinya??
jadi, janganlah takut menegur, Alhamdulillah, setakat ni, Khalis banyak terima teguran,tulisan silau, widget terabut, jangan cakap pasal politik, copy paste, no SPAM, lucah sangat, traslate google direct, banyak sangat post, gambar seksi, templates serabut dan macam macam lagi.. terima kasih semua,, kalau korang tak sayang blog ni mesti korang tak tegur betul tak?

Selepas ini, Khalis akan cuba meningkatkan kualiti isi kandungan.. ada pendapat bolehla bagitau kat fan page blogslucumenarik dengan like di sini.. Semakin ramai orang barulah semakin meriah.. ye tak?




Jangan segan segan like dan ajakla kawan kawan lain likes jugak..bagila sokongan moral pada blog ini..

Comments

Wanie Affandi said…
dalam intenet sume muke brutal..alih2..mata bercahaya jugak..tapi siyesly wani tabik spring bergetar2 kat khalis sbb berani ketengahkan isu OBE yg selama ni ramai orang rasa cam khalis rasa..cuma tak berani je..=D

P/S : termasuklah saya..
lisa lis said…
khalis...sy akan sentiasa suport khalis dr first sy kenal blog ni smpai la skrg n insyaalah sampai bila2x selagi dunia blog masih di depan mata sy ~ wish khalis bjaya dlm dunia blog ~

p/s: hehehehe..agak2 khalis ni orgnya mcm mana erk dgn adik khalis tu????
cik sakdi said…
alah bro, yang koleksi cter lawak tu best pe. diorang je pk lain. jangan nak skema sangat la. skema sgt malas nak bace. hoho
mas saari said…
sentiasa sokong!
semoga terus maju jaya..
Areen said…
pagi2 kalau sy tak bzy sy akan mai jenguk page khalis, sbb sy tau ada something yg sy akan dpt dr blog ni. Tenkiyu khalis ^_^

Popular Posts