Cerita Lawak : Kek untuk isteri

Buat yang tersayang

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Comments

Norfarahniza said…
hahahaha..
memang nk kena terajang lelaki yg tulis tuh..
cik sakdi said…
wakakaka mau terbeliak mate bini dia. kahkah
Arpiiz said…
haha, agaknya macam mana lah reaksi bininya tu..^^
Unknown said…
hahaaa . jap , sape salah ni .. tukang tulis ke tukang baca ? huhuu
Puan Kutu said…
haha kesian.yg si suami tu penyayang sgt.tulis hepy besday cukuplah kan..
Mun said…
haha.. boleh plak gitu =.='
dear anies said…
sik baik kedudukan ayat tu x terbalik..kalu x..

Popular Posts