cerita lucu mesti lawak : Ayah menjeling
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau
aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam
tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku
dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Comments
maap lama tak singgah....
dah baca byk kali pun still ketawa dengan cerita ni. Hehe