Melihat insan membesar di depan mata

Kelmarin dan semalam hampir semua blog meraikan hari ibu.. Ada kisah gembira,, ada kisah hiba..ada yang masih sempat menyambuat hari ibu.. ada yang ibunya telah tiada. dan ada yang tidak pernah merasai nikmat meraikan hari ibu.


Khalis tak peduli andai dikatakan hari ibu adalah kerana haram kerana perayaan yahudi. Kerana 100% Khalis yakin tiada secebis niat kita mengucapkan kata-kata kasih dan sayang terhadap ibu kerana yahudi. Kan? Lainla hari kekasih.. Dah tentu disulami dengan fitnah dan maksiat.

Hampir semua readers dari dulu tahu Khalis baru sahaja dapat seorang anak lelaki.. Dan anda tahu sebagai lelaki dan suami kami adalah bangsa yang terkenal kerana memiliki kesabaran yang terlalu tinggi. Terlalu tinggi sehingga kalau anak menangis di tengah malam mesti suami mampu teruskan tidur tanpa rasa terjejas. Betul tak? Kalau tak percaya sila talipon mak anda sekarang.. masa anda menangis tengah malam dulu siapa yang dodoikan..

Alasan Khalis adalah.." Alaaa,, Sayf nak susu.. abang bukan ada susu.. nanti kena kejut sayang jugak"

 Sebagai seorang ibu,, dia tetap bangun dan terus bangun. Rupanya, inilah ibu,, wanita yang cukup kuat sehingga mampu menewaskan nafsu mengantuk,, keletihan untuk memberi seorang anak kecil susu. Khalis tak sedar perkara ini kerana selama ini Khalis tak pernah nampak di depan mata. Khalis memang selalu dengar dalam ceramah, tapi ini real di depan mata. Bagaimana si ibu boleh faham bahasa seorang insan yang tidak boleh berkata-kata..

Pernah Khalis balik dari kerja, Sayf menangis,, Khalis suruh isteri Khalis bagi susu.. isteri Khalis cakap Sayf bukan lapar,, tapi nak tido.. Khalis tanyalah,, apa bezanya?? Dia kata,, cuba tengok Sayf,, dia melengkukkan badannya ke atas, dia menangis mulutnya berbentuk o.. dan mengenyeh-ngenyeh matanya!!.. itulah tanda-tanda baby nak tido.. kalau lapar lain..


Itulah seorang ibu.. dia menanggung insan yang dari tapak kaki sebesar ibu jari sehinggalah mampu berlari. Khalis akui, Khalis pernah tengok isteri Khalis menangis kerana Sayf tidak mahu tidur dan mengangis tanpa henti. Sebagai ibu, dia terus menerus mendodoi sambil berselawat.. Ketika itu,, di dalam hati Khalis

" Sayf. andai Sayf derhaka pada mak.. tangan ayah sendiri akan ajar Sayf"

Itulah seorang ibu.. Khalis baru faham kenapa pernah Khalis tengok mak Khalis menangis bila Khalis cakap Khalis nak berhenti belajar dari sekolah agama.. Kerana Khalis teringat mak cakap..

" mak nak sangat ada anak lelaki yang boleh jadi imam bila dah besar nanti"

dan Khalis tak pernah lagi jadi imam..

"Ya Allah, panjangkan usia ibuku.. semoga aku sempat menjadi imamnya.. dan aku berdoa padamu.. ianya bukannya imam solat terakhir buatnya"

Comments

Unknown said…
sedih...Yana pon berdoa... supaya mak Yana panjang umur untuk melihat anaknya ini berjaya.... T_T
mOon EyEzS said…
tacing nya...menusuk ke jiwa...semoga mak dan ayah mOon pnjg umr dan diberi kesejahteraan berpanjangan jugak...

dan...semOga sayf jadi anak yang berbakti kepada org tua 1 hari nanti...
besar pngorbanan seorang ibu.
semoga mak dan ayah sy dipanjangkn umur sbb sy nak bls balik jasa dorang slama ne.
sy nak brjaya dlm hidup, n membanggakn dorang. insyaAllah. =)
mas saari said…
begitulah naluri seorang ibu!
sentiasa nak kan yang terbaik utk anak2nya walaupun dia terpaksa bertarung nyawa sekali pun..


jadi jangan lupa jasa ibu anda!
xsabar nak kawin n dapat anak :)
LaLa mhdnor said…
moga khalis dapat jadi imam utk ibu khalis nanti...

dan ila harap ila dapat mengembirakan ibu ayah ila dengan kejayaan ila satu hari nanti...
safurara said…
walaupon entry ni best.tp rara seday.rasa terharu dgn wife bro.huh.harap rara dpt jd cm tu.
Anonymous said…
Selamat hari ibu buat isteri Cik Khalis. Beliau hebat.
pencari cinta said…
owh...sangat touching
mykhalis said…
@saya YANA yup.. sekurang2nya kita sempat membalas jasa
mykhalis said…
@mOon jOhari insyaAllah..Khalispun harap camtu juga
mykhalis said…
@syazana.not.single Amin.. semoga tercapai cita cita
mykhalis said…
@mas saari yupp.. dulu kita selalu dengar cerita je.. bila dah depan mata baru tahu
mykhalis said…
@ieyla insyaAllah..semoga harapan kita terlaksana
mykhalis said…
@rara pinkmafia terima kasih.. naluri seorang ibu..rara sendiri akan rasa sendiri nanti
mykhalis said…
@Miss Tira terima kasih tira..mesti dia tersenyum kalau baca nie
Akunyer said…
merindui ustajah mama.... huhuhu
Ms.ze said…
sedih baca :'(
teringat kat mak..
tersentuh hati bila baca ayat terakhir khalis tuh...ermmmmmm.....aku da banyak kali sakitkan hati ibuku,sampaikan aku boleh buat dia menangis,ya Allah,Kau temukanlah aku dengan ibuku dalam keadaan aku amat merinduinya,dalam keadann yang amat aku menyayanginya...amin......ermmmm

Popular Posts