Baca ni korang yang pemalas dan boros!!
Khalis berniaga setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 12 malam.. Tiada cuti hujung minggu.. Cuma dalam sebulan Khalis akan minta tolong sesiapa sahaja samaada adik Khalis, atau pelanggan tetap untuk jaga kedai komputer Khalis supaya Khalis dapat bercuti sehari dua.
Minggu lepas Khalis mendapat sebuah video yang hebah di Youtube yang mengatakan rakyat
a) boros
b) tidak pandai merancang perbelanjaan
c) menyukarkan kerajaan merancang perbelanjaan dengan pemberian subsidi
d) subsidi adalah candu
e) mewah tapi terlalu mengharapkan bantuan kerajaan
bagi Khalis? sedih sangat.. kehidupan zaman sekarang adalah sukar. Kalau kami jimat cermat.. bagaimana dengan peniaga? sekiranya peniaga rugi, mereka terpaksa tutup perniagaan. Seandainya tutup perniagaan yang kekal hanyalah syarikat2 besar yang akhirnya monopoli dan walaupun untung tetap naik juga harga seperti gula..
Khalis ke Kuantan kerana adik Khalis ada temuduga untuk guru. alang-alang, Khalis bawak wife dan anak sekali. maklumlah, semenjak Sayf lahir kami tak pernah bercuti sekali.. Kami tidur di hotel murah sahaja
harga bilik RM 58.00
service tax 5%
Goverment tax 10%
terus harga jadi RM70 satu malam.. camne tue?? nak jimat cermat dah!! hotel ni wifi pun takde..tu yang tak update blog tue..
Belum lagi makan pizza.. makan RM80.. tax itu ini jadi RM90++
Nampak tak?? sebenarnya sampai sekarang Khalis tak tahu apa sebab pengguna kena bayar tax??arggghh
Yang kaya makin kaya dan yang susah semakin susah inilah yang disuruh berjimat cermat
AMARAN KERAS!! KALAU RASA NAK SOUND KHALIS TAK MAMPU TAK PAYAHLA BERCUTI.. DUDUK RUMAH!! TAK PAYAHLA MAKAN PIZZA,,MAKIN NASI BUNGKUS,, TAK PAYAH LA NAIK KERETA..NAIK BASIKAL.. ATAU KALAU TAK SUKA NEGARA NI DUDUK LA NEGARA LAIN.. KORANG AWAL-AWAL LAGI KHALIS CAKAP... tuttttt ttutututttt tuttt( sensor kerana kelucahan melampau)
Comments
nak berjimat cermat mcm mane
sume tu keperluan mmg ssh la klu x beli
klu kerajaan sendri xnk tlg sapa lagi
klu kerajaan mcm nie mcm mana la rakyat nk syg..nk suh rakyat syg time pilihan raya ja
pastu buat rakyat cm taik
eeeii geram plak rse!
gaji banyak... claim semua bleh claim... beribu sekali claim...
apa dorang buat dengan duit banyak2 dalam simpanan tu???
cuba merancang perbelanjaan. tapi banyak perkara terjadi di luar jangkaan.
boros? duit mana nak diboroskan tu? duh.
dill.
nak beli roti kosong, heran plak makin cepat expired dia. haha.
org miskin makin betambah mskin, yg sederhana idopnya pon bakal miskin..
Salah siapa? Pikirlah sndiri..
Rakyat didahulukan............
kite disuruh berjimat cermat,,pastu nak kurangkan subsidi..dia ckp kte manja dgn subsidi...sedar tak yg kalo dye kurangkan subsidi, harga brg masih naik tp gaji macam tu jugak..tak ke ley gile nak menampung semua tuh..ckp pkai sedap jek..gaji diorg sebulan brape 5-6k, ley ar..huh..kite ni,yg miskin semakin miskin...kan da emo..
pegang RM50 pun dah rasa cm pegang RM1 ..
MEMANG TAK PATUT!
ce kurg sikit pembelanjaan 'orang besar' tu.. haish.. kita ni dimanipulasi..
so kita sebagai rakyat, kna la didahulukan dari semua segi seperti barang naik, rakyat yg rasa dahulu..
minyak naik, rakyat yg rasa dahulu...
so mmg sesuai la perkataan rakyat didahulukan...