Kenapa perlu bantah email 1 Malaysia??kemon la..kemoonnn


Hari ni Khalis nak cerita, semalam PM kita mengumumkan untuk kita rakyat malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk mendapat email percuma. K? dengar betul2..percuma.. Yang pembangkang kecoh kenapa?


Bila kerajaan naikkan harga barang untuk menampung subsidi rakyat, untuk pembangunan, untuk kereta F1.. mereka cakap BN tak berhati perut!! tapi bila kerajaan buat perkhidmatan secara percuma pun mereka bising jugak??!! apa pembangkang nie? semua benda nak bangkang!!

Tahu tak, bila email 1 Malaysia dilancarkan,, semua rakyat Malaysia dapat email percuma.. Pak Mat jual tempe, mak munah jual apam balik, peja penjual kuih, mak enon tukang urut semua dapat email. Mereka yang selama ini tak tahu apa itu email automatik dah ada email. Secara mendadak membuatkan Malaysia negara celik IT!!

Kenapa perlu bantah? Syarikat yang dapat projek RM50juta ni orang  melayu. Kenapa?? nak jugak suruh rakyat Malaysia gunakan gmail.com  yahoo.com  hotmail.com yang dah sah sah mereka bukan orang melayu pemiliknya.. malah yahudi lagik..jangan kerana rm50 juta semua benda nak dipolitikkan.

Lepas tu kecoh kenapa nak email sedangkan internetpun slow. WEEEIIII.. SEDAR DIRI.. berbanding Uganda, Zimbabwe, Timor Leste,, internet kita sangat laju!!!.. jangan nak bandingkan negara lain yang lebih maju.. Cuba pandang ke belakang untuk melafazkan syukur!! orang yang tak bersyukur adalah orang yang bodoh piang tau tak??!!

Saya dengan ini setuju dengan saranan PM untuk mengadakan email percuma. Sumpah saya tak dapat komisen sedikitpun kerana bersetuju dengan dasar kerajaan. Tanpa kerajaan BN,, internetpun kita takde tau. Cuba tanya PAS.. DAP..PKR.. berapa banyak pencawang internet diorang buat demi rakyat!! cakap je boleh la!!


semua gambar di ambil dari pages yang manusia pendengki buat kat facebook untuk menghalang kerajaan dari teruskan cadangan ni.. kalau berani join la kat sini
 

Comments

Popular Posts